Rancangan Pengajaran Harian 4





Rancangan Pengajaran Harian 4





Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhan, saya dapat memupukkan minat belajar murid melalui aktiviti yang pelbagai dan bersesuaian. Dengan itu murid senang hendak mengingati kemahiran yang diajar. Murid-murid suka dalam menjalankan aktiviti yang mengilirkan bola. Aktiviti ini dapat membantu murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran serta dapat memepertingkatkan tumpuan melihat dan mendengar dengan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mendengar muzik bersamaan mengilirkan bola yang diedarkan.


Kelemahan
Terdapat ramai murid yang kurang faham soalan operasi darab dan tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Murid yang masih tidak dapat menguasai sifir darat tidak dapat menyiapkan soalan darab dan bahagi dalam unit Berat. Murid lemah dalam menghafal sifir darab, maka tidak dapat mereka siapkan soalan operasi bahagi.

Cara mengatasi
Kesimpulannya, saya perlu memberikan penekanan dengan memaksa murid mengingat sifir darab dahulu sebelum meneruskan pelajaran yang lain. Sifir darab perlu dikuasai dahulu dengan baik sebelim ke operasi bahagi dan seterusnya. Murid yang masih tidak dapat hafal sifir darab, saya akan meluangkan lebih masa untuk membimbing mereka mengingat sifir dengan cara yang sesuai dan senang diingati. Selepas murid dapat menguasai sifir darab, maka barulah boleh mereka mahir dalam operasi  bahagi sebab kedua-dua operasi ini adalah berkaitan. Saya perlu mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran saya dengan mengajar dengan teknik yang lebih difahami oleh murid yang lemah.

Rancangan Pengajaran Harian 3




Rancangan Pengajaran Harian 3





Refleksi:
Kekuatan
Dengan cara memanggil murid datang ke depan untuk membuat soalan tambah dan tolak, murid berasa gembira dan suka sehingga berebut-rebut untuk keluar menuliskan jawapan di papan tulis. Murid dapat menyiapkan soalan yang diberikan. Dalam aktiviti kuiz, murid-murid dapat menyiapkan pengiraannya dalam masa yang diberikan. Galakkan daripada ahli kumpulan masing-masing telah memberikan semangat yang kuat kepada mereka sehingga murid tersebut bersemangat dalam menghabiskan soalan yang terpilih.



Kelemahan
Dalam pemantauan semasa P&P dijalankan, saya mendapati bahawa masih terdapat segelintir pelajar tidak dapat menyiapkan soalan yang diberikan. Terdapat juga murid yang tidak menuliskan unit berat iaitu kg dan g selepas pengiraan. Ada juga beberapa orang murid tidak menyemak jawapan selepas siap menjawab soalan.


Cara mengatasi
Saya perlu mengatasi kelemahan yang dikesan dengan segera supaya dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu memberikan bimbingan kepada murid yang lemah dan tidak dapat menjawab soalan tambah dan tolak. Saya perlu membimbing murid-murid ini supaya menguasai operasi tambah dan tolak dengan segera barulah mereka dapat menguasai operasi darab dan bahagi yang seterusnya dengan senang. Selain itu, saya perlu memberikan perhatian dalam memberikan lembaran kerja. Lembaran kerja yang diberikan perlulah sesuai dengan tahap kefahaman murid serta mempelbagaikan latihan dalam lembaran kerja supaya murid dapat berkembang dengan baik dan maju. Semakan kerja perlu ditegaskan selepas latihan pengukuhan untuk memupuk nilai cermat dan teliti serta menjadikannya sebagai satu kebiasaan dalam kerja yang dilakukan oleh murid supaya murid dapat mengamalkannya dalam melakukan segala perkara. 

Rancangan Pengajaran Harian 2





Rancangan Pengajaran Harian 2






Refleksi:
Kekuatan
Selepas P&P dijalankan, saya mendapati bahawa objektif yang dirancangkan dapat dicapai dengan adanya perancangan yang teliti serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian.  Aktiviti yang dijalankan juga dapat menimbulkan minat belajar murid. Murid dapat memahami tajuk hubungkait antara kg dan g dengan lebih jelas melalui aktiviti yang dijalankan dan kerjasama dalam kumpulan juga dapat membantu mereka dalam menjawab soalan dengan tepat. Kesimpulannya, saya dapat menjalankan P&P dengan mencapai objektif pembelajaran.


Kelemahan
Walaupun objektif tercapai, Saya mendapati bahawa terdapat sedikit kekurangan dalam power-point yang ditunjukkan. Power-point yang disediakan terlalu ringkas dan kekurangan latihan pengukuhan bagi pelajar.

Cara mengatasi
Saya boleh memperbanyakkan latihan pengukuhan kepada pelajar supaya dapat melibatkan ramai pelajar yang dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Saya juga perlu meningkatkan persembahan power-point dengan memperbanyakkan latihan pengukuhan dan isi kandungan yang lebih untuk membolehkan murid lebih faham dan ingat tentang hubungkait antara kg dan g.