Rancangan Pengajaran Harian 4
Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhan, saya dapat memupukkan minat belajar murid melalui aktiviti yang pelbagai dan bersesuaian. Dengan itu murid senang hendak mengingati kemahiran yang diajar. Murid-murid suka dalam menjalankan aktiviti yang mengilirkan bola. Aktiviti ini dapat membantu murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran serta dapat memepertingkatkan tumpuan melihat dan mendengar dengan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mendengar muzik bersamaan mengilirkan bola yang diedarkan.
Kelemahan
Terdapat ramai murid yang kurang faham soalan operasi darab dan tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Murid yang masih tidak dapat menguasai sifir darat tidak dapat menyiapkan soalan darab dan bahagi dalam unit Berat. Murid lemah dalam menghafal sifir darab, maka tidak dapat mereka siapkan soalan operasi bahagi.
Cara mengatasi
Kesimpulannya, saya perlu memberikan penekanan dengan memaksa murid mengingat sifir darab dahulu sebelum meneruskan pelajaran yang lain. Sifir darab perlu dikuasai dahulu dengan baik sebelim ke operasi bahagi dan seterusnya. Murid yang masih tidak dapat hafal sifir darab, saya akan meluangkan lebih masa untuk membimbing mereka mengingat sifir dengan cara yang sesuai dan senang diingati. Selepas murid dapat menguasai sifir darab, maka barulah boleh mereka mahir dalam operasi bahagi sebab kedua-dua operasi ini adalah berkaitan. Saya perlu mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran saya dengan mengajar dengan teknik yang lebih difahami oleh murid yang lemah.
No comments:
Post a Comment