Rancangan Pengajaran Harian 2
Refleksi:
Kekuatan
Selepas P&P dijalankan, saya mendapati bahawa objektif yang dirancangkan dapat dicapai dengan adanya perancangan yang teliti serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Aktiviti yang dijalankan juga dapat menimbulkan minat belajar murid. Murid dapat memahami tajuk hubungkait antara kg dan g dengan lebih jelas melalui aktiviti yang dijalankan dan kerjasama dalam kumpulan juga dapat membantu mereka dalam menjawab soalan dengan tepat. Kesimpulannya, saya dapat menjalankan P&P dengan mencapai objektif pembelajaran.
Kelemahan
Walaupun objektif tercapai, Saya mendapati bahawa terdapat sedikit kekurangan dalam power-point yang ditunjukkan. Power-point yang disediakan terlalu ringkas dan kekurangan latihan pengukuhan bagi pelajar.
Cara mengatasi
Saya boleh memperbanyakkan latihan pengukuhan kepada pelajar supaya dapat melibatkan ramai pelajar yang dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Saya juga perlu meningkatkan persembahan power-point dengan memperbanyakkan latihan pengukuhan dan isi kandungan yang lebih untuk membolehkan murid lebih faham dan ingat tentang hubungkait antara kg dan g.
No comments:
Post a Comment