Rancangan Pengajaran Harian 1
Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan jayanya. Objektif yang dirancangkan juga telah dapat dicapai dengan adanya perancangan yang teliti serta bahan bantu mengajar yang pelbagai serta bersesuaian. Saya juga dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancangkan. Murid memberi perhatian sepenuhnya dalam pengajaran guru. Murid dapat menimbang barang yang diberikan dan dapat menuliskan berat serta unit berat benda tersebut dengan jelas dan betul.
Kelemahan
Kekurangan prihatin guru dalam mengajar murid. Murid yang tidak faham arahan dan apabila alat penimbang diberikannya, mereka terus menekan alat penimbang sampai tahap maksimum, ini akan merosakkan alat penimbang. Oleh itu, saya perlu memberikan penjelasan penggunaan alat. Arahan guru yang kurang jelas dan tepat menyebabkan murid tidak faham apa yang perlu dibuat semasa dalam aktiviti kumpulan. Saya perlu memjelaskan arahan yang telah diberikan disebabkan terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat mengikuti pengajaran saya. Kawalan kelas perlu dipertingkatkan lagi.
Cara mengatasi
Saya perlu memberikan perhatian kepada murid yang lambat pembelajarannya. Oleh itu, saya perlu menjelaskan penggunaan alat penimbang dan memberikan arahan yang lebih jelas tentang aktiviti yang perlu dijalankan kepada murid supaya mereka dapat menjalankan aktiviti mengikut arahan dan tidak membuat salah. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, murid terlalu aktif dan membuat bising. Oleh yang demikian, saya perlu mempertingkatkan lagi kawalan kelas saya untuk memastikan murid tidak terlalu bising dalam menjalankan aktiviti kumpulan.
No comments:
Post a Comment