Rancangan Pengajaran Harian 3




Rancangan Pengajaran Harian 3





Refleksi:
Kekuatan
Dengan cara memanggil murid datang ke depan untuk membuat soalan tambah dan tolak, murid berasa gembira dan suka sehingga berebut-rebut untuk keluar menuliskan jawapan di papan tulis. Murid dapat menyiapkan soalan yang diberikan. Dalam aktiviti kuiz, murid-murid dapat menyiapkan pengiraannya dalam masa yang diberikan. Galakkan daripada ahli kumpulan masing-masing telah memberikan semangat yang kuat kepada mereka sehingga murid tersebut bersemangat dalam menghabiskan soalan yang terpilih.



Kelemahan
Dalam pemantauan semasa P&P dijalankan, saya mendapati bahawa masih terdapat segelintir pelajar tidak dapat menyiapkan soalan yang diberikan. Terdapat juga murid yang tidak menuliskan unit berat iaitu kg dan g selepas pengiraan. Ada juga beberapa orang murid tidak menyemak jawapan selepas siap menjawab soalan.


Cara mengatasi
Saya perlu mengatasi kelemahan yang dikesan dengan segera supaya dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu memberikan bimbingan kepada murid yang lemah dan tidak dapat menjawab soalan tambah dan tolak. Saya perlu membimbing murid-murid ini supaya menguasai operasi tambah dan tolak dengan segera barulah mereka dapat menguasai operasi darab dan bahagi yang seterusnya dengan senang. Selain itu, saya perlu memberikan perhatian dalam memberikan lembaran kerja. Lembaran kerja yang diberikan perlulah sesuai dengan tahap kefahaman murid serta mempelbagaikan latihan dalam lembaran kerja supaya murid dapat berkembang dengan baik dan maju. Semakan kerja perlu ditegaskan selepas latihan pengukuhan untuk memupuk nilai cermat dan teliti serta menjadikannya sebagai satu kebiasaan dalam kerja yang dilakukan oleh murid supaya murid dapat mengamalkannya dalam melakukan segala perkara. 

No comments:

Post a Comment