Rancangan pengajaran harian 1 kh
View more documents from Haley Heng.
Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan pengajaran dengan jayanya. Tayangan video dapat menarik perhatian dan minat murid dalam bidang perniagaan. Murid berminat dalam menonton video dan dapat memberikan respon yang baik dan dapat menjawab soalan guru dengan tepat. Murid-murid dapat menghasilkan peta minda yang teratur dan murid dapat melukiskan peta minda dengan kreatif dan berkaitan dengan tajuk.
Kelemahan
Murid menggunakan masa yang lebih dalam menghasilkan peta minda mengakibatkan masa yang dirancang tidak dapat dikuasai. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan sememangnya dapat memupuk nilai kerjasama dalam kumpulan, tetapi murid nyaris berlaku pergaduhan akibat perbezaan idea. Guru perlu mengawal disiplin kelas.
Cara mengatasi
Saya perlu mempertingkatkan kemahiran dalam kawalan kelas dan memastikan semua murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan untuk meningkatkan persahabatan antara murid-murid. Saya juga perlu menguatkan perancangan membahagikan masa dalam pengajaran supaya dapat melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya.
Rancangan Pengajaran Harian 2
P2
View more presentations from Haley Heng.
Rancangan Pengajaran Harian 2-KH
View more documents from Haley Heng.
Refleksi:
Kekuatan
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya memberikan peluang kepada murid untuk melihat katalog pasaran dan menggunakan kaedah mengajar berpandukan power-point yang disediakan. Ini dapat menarik perhatian dengan melihat gambar-gambar yang berwarna-warni dan diikuti dengan animasi yang menarik. Katalog yang disediakan juga dapat membimbing murid mengenali barangan atau makanan yang dijual di pasaran. Murid dapat mengisikan borang berpandukan katalog yang disediakan.
Kelemahan
Dalam kelas, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru akibat daripada mereka tidak faham pengajaran guru dan langsung tidak berminat dalam topik ini walaupun dapat melihat gambar-gambar yang menarik. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, segelintir murid hanya duduk bersembang dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Apabila ditanya, pelbagai alasan diberi.
Cara mengatasi
Saya perlu meluangkan masa untuk membimbing murid yang tidak berminat dalam topik ini supaya suka akan topik ini. Pelbagai kemahiran perlu digunakan untuk mempertingkatkan minat murid dalam pembelajaran. Saya harus mempertingkatkan pengajaran saya dengan meminta pandangan rakan sekerja dan guru mata pelajaran yang lain supaya dapat idea yang baik dan sesuai untuk memupuk rasa minat belajar murid.
Rancangan Pengajaran Harian 3
Rancangan Pengajaran Harian 3
Refleksi:
Kekuatan
Kekuatan
Dalam pengajaran topik ini, saya memberikan peluang kepada murid untuk membina power-point sendiri dalam kumpulan dengan menggunakan teknologi komputer. Saya dapati bahawa murid-murid berminat dalam membuat kerja berpandukan teknologi komputer. Selepas penerangan, murid dapat membina power-point dengan baik. Oleh itu, saya dapat menerapkan penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya dengan jayanya. Minat murid terhadap pembelajaran juga meningkat dan bertambah.
Kelemahan
Terdapat segelintir murid masih keliru dalam membina power-point, walaupun guru sudah mengajar sebelum ini. Ada 2 kumpulan yang tidak menggunakan gambar yang telah disediakan dan mereka hanya menulis kan jawapan dalam power-point.
Cara mengatasi
Saya perlu meronda satu demi satu kumpulan semasa aktiviti dijalankan untuk memberikan bimbingan kepada murid yang memerlukan pertolongan dan menyemak sama ada murid membuat kerja mengikut kehendak guru.
Dengan itu, saya dapat memberikan sedikit bantuan kepada pelajar yang kurang faham atau kurang pasti jawapannya. Saya akan memberi perhatian terhadap pemantauan kumpulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya dapat diserap oleh murid-murid.
Rancangan Pengajaran Harian 4
Rancangan Pengajaran Harian 4-Kh
Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya dapat menjalankan pengajaran dengan lancar dan jayanya. Video yang ditayangkan dapat menimbulkan minat dan menarik perhatian murid terhadap pembungkusan. Murid dapat menghasilkan bungkusan yang cantik, kemas dan menarik. Bungkusan murid amat menarik. Murid-murid berasa gembira dan seronok semasa menjalankan pembungkusan.
Kelemahan
Saya hanya sediakan bahan bungkusan yang secukupnya untuk setiap kumpulan. Di luar jangkaan, terdapat sekumpulan murid yang salah gunting dan ada yang terkoyak, maka tiada bahan yang lebih untuk mereka supaya dapat membuat semula. Kekurangan bahan mengakibatkan murid hanya dapat membungkus sebahagian barangan sahaja dan bukan semua barangan yang dibekalakan.
Cara mengatasi
Dalam menyediakan bahan untuk pelajar, saya perlu sediakan bahan pembungkusan yang lebih untuk bersedia sekiranya ada murid yang cuai dan lalai dalam aktiviti yang dijalankan bagi mengelakkan keseronokan dan kegembiraan untuk membungkus berkurangan. Lebihkan bahan bungkusan yang disediakan, maka dapatlah murid tersebut mengambil kertas pembalut bungkusan yang baru dan teruskan minat dalam membungkus. Saya perlu menguatkan perancangan bahan untuk memastikan P&P berjalan lancar dan tidak terjejas.