Rancangan Pengajaran Harian 4





Rancangan Pengajaran Harian 4





Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhan, saya dapat memupukkan minat belajar murid melalui aktiviti yang pelbagai dan bersesuaian. Dengan itu murid senang hendak mengingati kemahiran yang diajar. Murid-murid suka dalam menjalankan aktiviti yang mengilirkan bola. Aktiviti ini dapat membantu murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran serta dapat memepertingkatkan tumpuan melihat dan mendengar dengan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mendengar muzik bersamaan mengilirkan bola yang diedarkan.


Kelemahan
Terdapat ramai murid yang kurang faham soalan operasi darab dan tidak dapat menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. Murid yang masih tidak dapat menguasai sifir darat tidak dapat menyiapkan soalan darab dan bahagi dalam unit Berat. Murid lemah dalam menghafal sifir darab, maka tidak dapat mereka siapkan soalan operasi bahagi.

Cara mengatasi
Kesimpulannya, saya perlu memberikan penekanan dengan memaksa murid mengingat sifir darab dahulu sebelum meneruskan pelajaran yang lain. Sifir darab perlu dikuasai dahulu dengan baik sebelim ke operasi bahagi dan seterusnya. Murid yang masih tidak dapat hafal sifir darab, saya akan meluangkan lebih masa untuk membimbing mereka mengingat sifir dengan cara yang sesuai dan senang diingati. Selepas murid dapat menguasai sifir darab, maka barulah boleh mereka mahir dalam operasi  bahagi sebab kedua-dua operasi ini adalah berkaitan. Saya perlu mempermudahkan pengajaran dan pembelajaran saya dengan mengajar dengan teknik yang lebih difahami oleh murid yang lemah.

Rancangan Pengajaran Harian 3




Rancangan Pengajaran Harian 3





Refleksi:
Kekuatan
Dengan cara memanggil murid datang ke depan untuk membuat soalan tambah dan tolak, murid berasa gembira dan suka sehingga berebut-rebut untuk keluar menuliskan jawapan di papan tulis. Murid dapat menyiapkan soalan yang diberikan. Dalam aktiviti kuiz, murid-murid dapat menyiapkan pengiraannya dalam masa yang diberikan. Galakkan daripada ahli kumpulan masing-masing telah memberikan semangat yang kuat kepada mereka sehingga murid tersebut bersemangat dalam menghabiskan soalan yang terpilih.



Kelemahan
Dalam pemantauan semasa P&P dijalankan, saya mendapati bahawa masih terdapat segelintir pelajar tidak dapat menyiapkan soalan yang diberikan. Terdapat juga murid yang tidak menuliskan unit berat iaitu kg dan g selepas pengiraan. Ada juga beberapa orang murid tidak menyemak jawapan selepas siap menjawab soalan.


Cara mengatasi
Saya perlu mengatasi kelemahan yang dikesan dengan segera supaya dapat mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu memberikan bimbingan kepada murid yang lemah dan tidak dapat menjawab soalan tambah dan tolak. Saya perlu membimbing murid-murid ini supaya menguasai operasi tambah dan tolak dengan segera barulah mereka dapat menguasai operasi darab dan bahagi yang seterusnya dengan senang. Selain itu, saya perlu memberikan perhatian dalam memberikan lembaran kerja. Lembaran kerja yang diberikan perlulah sesuai dengan tahap kefahaman murid serta mempelbagaikan latihan dalam lembaran kerja supaya murid dapat berkembang dengan baik dan maju. Semakan kerja perlu ditegaskan selepas latihan pengukuhan untuk memupuk nilai cermat dan teliti serta menjadikannya sebagai satu kebiasaan dalam kerja yang dilakukan oleh murid supaya murid dapat mengamalkannya dalam melakukan segala perkara. 

Rancangan Pengajaran Harian 2





Rancangan Pengajaran Harian 2






Refleksi:
Kekuatan
Selepas P&P dijalankan, saya mendapati bahawa objektif yang dirancangkan dapat dicapai dengan adanya perancangan yang teliti serta bahan bantu mengajar yang bersesuaian.  Aktiviti yang dijalankan juga dapat menimbulkan minat belajar murid. Murid dapat memahami tajuk hubungkait antara kg dan g dengan lebih jelas melalui aktiviti yang dijalankan dan kerjasama dalam kumpulan juga dapat membantu mereka dalam menjawab soalan dengan tepat. Kesimpulannya, saya dapat menjalankan P&P dengan mencapai objektif pembelajaran.


Kelemahan
Walaupun objektif tercapai, Saya mendapati bahawa terdapat sedikit kekurangan dalam power-point yang ditunjukkan. Power-point yang disediakan terlalu ringkas dan kekurangan latihan pengukuhan bagi pelajar.

Cara mengatasi
Saya boleh memperbanyakkan latihan pengukuhan kepada pelajar supaya dapat melibatkan ramai pelajar yang dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Saya juga perlu meningkatkan persembahan power-point dengan memperbanyakkan latihan pengukuhan dan isi kandungan yang lebih untuk membolehkan murid lebih faham dan ingat tentang hubungkait antara kg dan g.


Rancangan Pengajaran Harian 1




Rancangan Pengajaran Harian 1




Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya dapat menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran saya dengan jayanya.  Objektif yang dirancangkan juga telah dapat dicapai dengan adanya perancangan yang teliti serta bahan bantu mengajar yang pelbagai serta bersesuaian.  Saya juga dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang telah dirancangkan. Murid memberi perhatian sepenuhnya dalam pengajaran guru. Murid dapat menimbang barang yang diberikan dan dapat menuliskan berat serta unit berat benda tersebut dengan jelas dan betul.

Kelemahan
Kekurangan prihatin guru dalam mengajar murid. Murid yang tidak faham arahan dan apabila alat penimbang diberikannya, mereka terus menekan alat penimbang sampai tahap maksimum, ini akan merosakkan alat penimbang. Oleh itu, saya perlu memberikan penjelasan penggunaan alat. Arahan guru yang kurang jelas dan tepat menyebabkan murid tidak faham apa yang perlu dibuat semasa dalam aktiviti kumpulan. Saya perlu memjelaskan arahan yang telah diberikan disebabkan terdapat segelintir pelajar yang tidak dapat mengikuti pengajaran saya. Kawalan kelas perlu dipertingkatkan lagi.

Cara mengatasi
Saya perlu memberikan perhatian kepada murid yang lambat pembelajarannya. Oleh itu, saya perlu menjelaskan penggunaan alat penimbang dan memberikan arahan yang lebih jelas tentang aktiviti yang perlu dijalankan kepada murid supaya mereka dapat menjalankan aktiviti mengikut arahan dan tidak membuat salah. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, murid terlalu aktif dan membuat bising. Oleh yang demikian, saya perlu mempertingkatkan lagi kawalan kelas saya untuk memastikan murid tidak terlalu bising dalam menjalankan aktiviti kumpulan.


Rancangan Pengajaran Harian 4

Rancangan Pengajaran Harian 4


Video yang ditayangkan semasa P&P





Rancangan Pengajaran Harian 4-Kh




Refleksi:


Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya dapat menjalankan pengajaran dengan lancar dan jayanya. Video yang ditayangkan dapat menimbulkan minat dan menarik perhatian murid terhadap pembungkusan. Murid dapat menghasilkan bungkusan yang cantik, kemas dan menarik. Bungkusan murid amat menarik. Murid-murid berasa gembira dan seronok semasa menjalankan pembungkusan.


Kelemahan
Saya hanya sediakan bahan bungkusan yang secukupnya untuk setiap kumpulan. Di luar jangkaan, terdapat sekumpulan murid yang salah gunting dan ada yang terkoyak, maka tiada bahan yang lebih untuk mereka supaya dapat membuat semula. Kekurangan bahan mengakibatkan murid hanya dapat membungkus sebahagian barangan sahaja dan bukan semua barangan yang dibekalakan.

Cara mengatasi
Dalam menyediakan bahan untuk pelajar, saya perlu sediakan bahan pembungkusan yang lebih untuk bersedia sekiranya ada murid yang cuai dan lalai dalam aktiviti yang dijalankan bagi mengelakkan keseronokan dan kegembiraan untuk membungkus terjejas dan berkurangan. Lebihkan bahan bungkusan yang disediakan, maka dapatlah murid tersebut mengambil kertas pembalut bungkusan yang baru dan teruskan minat dalam membungkus. Saya perlu menguatkan perancangan bahan untuk memastikan P&P berjalan lancar dan tidak terjejas.

Rancangan Pengajaran Harian 3











Rancangan Pengajaran Harian 3



Refleksi:
Kekuatan 

Dalam pengajaran topik ini, saya memberikan peluang kepada murid untuk membina power-point sendiri dalam kumpulan dengan menggunakan teknologi komputer. Saya dapati bahawa murid-murid berminat dalam membuat kerja berpandukan teknologi komputer. Selepas penerangan, murid dapat membina power-point dengan baik. Oleh itu, saya dapat menerapkan penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya dengan jayanya. Minat murid terhadap pembelajaran juga meningkat dan bertambah.

Kelemahan
Terdapat segelintir murid masih keliru dalam membina power-point, walaupun guru sudah mengajar sebelum ini. Ada 2 kumpulan yang tidak menggunakan gambar yang telah disediakan dan mereka hanya menulis kan jawapan dalam power-point.

Cara mengatasi
Saya perlu meronda satu demi satu kumpulan semasa aktiviti dijalankan untuk memberikan bimbingan kepada murid yang memerlukan pertolongan dan menyemak sama ada murid membuat kerja mengikut kehendak guru.
Dengan itu, saya dapat memberikan sedikit bantuan kepada pelajar yang kurang faham atau kurang pasti jawapannya. Saya akan memberi perhatian terhadap pemantauan kumpulan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran supaya dapat diserap oleh murid-murid.

Rancangan Pengajaran Harian 2

P2
View more presentations from Haley Heng.




Rancangan Pengajaran Harian 2-KH
View more documents from Haley Heng.



Refleksi:
Kekuatan
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran ini, saya memberikan peluang kepada murid untuk melihat katalog pasaran dan menggunakan kaedah mengajar berpandukan power-point yang disediakan. Ini dapat menarik perhatian dengan melihat gambar-gambar yang berwarna-warni dan diikuti dengan animasi yang menarik. Katalog yang disediakan juga dapat membimbing murid mengenali barangan atau makanan yang dijual di pasaran. Murid dapat mengisikan borang berpandukan katalog yang disediakan.


Kelemahan
Dalam kelas, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat mengikuti pengajaran guru akibat daripada mereka tidak faham pengajaran guru dan langsung tidak berminat dalam topik ini walaupun dapat melihat gambar-gambar yang menarik. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, segelintir murid hanya duduk bersembang dan tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Apabila ditanya, pelbagai alasan diberi.

Cara mengatasi
Saya perlu meluangkan masa untuk membimbing murid yang tidak berminat dalam topik ini supaya suka akan topik ini. Pelbagai kemahiran perlu digunakan untuk mempertingkatkan minat murid dalam pembelajaran. Saya harus mempertingkatkan pengajaran saya dengan meminta pandangan rakan sekerja dan guru mata pelajaran yang lain supaya dapat idea yang baik dan sesuai untuk memupuk rasa minat belajar murid.

Rancangan Pengajaran Harian 1

<


P1
View more presentations from Haley Heng





Rancangan pengajaran harian 1 kh
View more documents from Haley Heng.




Refleksi:
Kekuatan
Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan pengajaran dengan jayanya. Tayangan video dapat menarik perhatian dan minat murid dalam bidang perniagaan. Murid berminat dalam menonton video dan dapat memberikan respon yang baik dan dapat menjawab soalan guru dengan tepat. Murid-murid dapat menghasilkan peta minda yang teratur dan  murid dapat melukiskan peta minda dengan kreatif dan berkaitan dengan tajuk.

Kelemahan
Murid menggunakan masa yang lebih dalam menghasilkan peta minda mengakibatkan masa yang dirancang tidak dapat dikuasai. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan sememangnya dapat memupuk nilai kerjasama dalam kumpulan, tetapi murid nyaris berlaku pergaduhan akibat perbezaan idea. Guru perlu mengawal disiplin kelas.

Cara mengatasi
Saya perlu mempertingkatkan kemahiran dalam kawalan kelas dan memastikan semua murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan untuk meningkatkan persahabatan antara murid-murid. Saya juga perlu menguatkan perancangan membahagikan masa dalam pengajaran supaya dapat melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya.


SJK(C) Ping Ming, Lima Kedai ditubuhkan pada tahun 1947. Bilangan murid pada masa kini telah mencapai 1671 orang, manakala seramai 85 orang guru berkhidmat di sekolah ini.
     Sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, daerah Johor Bahru ini menyediakan sebuah tempat yang kondusif untuk para murid menimba ilmu pengetahuan. Sekolah kini mempunyai dua blok akademik empat tingkat yang terdiri daripada 28 buah bilik darjah. Selain itu, sekolah juga dilengkapi dengan sebuah padang, dewan serba guna, perpustakaan, dan bilik komputer.
      SJK(C) Ping Ming, Lima Kedai mempunyai sebuah prasekolah yang ditubuhkan pada tahun 2007 dan juga kelas pendidikan khas.Sebuah bangunan pentadbiran baru di bawah Rancangan Malaysia ke-9 telah siap dibina dan dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2009. Bangunan tersebut akan melancarkan lagi sistem pentadbiran sekolah dan juga menyediakan bilik darjah yang mencukupi bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai pada tahun-tahun akan datang.  
     Diharapkan SJK(C) Ping Ming, Lima Kedai akan berkembang maju dan melahirkan lebih ramai anak-anak murid yang berilmu dan bersahsiah mulia.
  

LOGO SEKOLAH

Misi Sekolah

Yakin, komited dan bertanggungjawab dalam menentukan sekolah mencapai visi di atas dengan usaha berikut :
menyemai budaya murni di kalangan warga pencapaian akademik yang lebih cemerlang penggunaan masa yang berkualiti penggunaan sumber secara optimum pengamalan budaya hidup sihat

Visi Sekolah

SJK(C) PING MING
menjadi sekolah yang
selamat, ceria, dan kondusif
menjelang tahun 2008